Tuesday 10 January 2017

Faiz Subri





Aziman Rosdi di Zurich
aziman@hmetro.com.my

Isteri pemenang Anugerah Puskas 2016 Norzawanis Hashim percaya Mohd Faiz Subri berhak untuk mengecapi kejayaan itu atas usaha gigih selama ini.
Dia yang tidak dapat menghadiri majlis Anugerah FIFA 2016 semalam sebaliknya hanya menonton siaran langsung di televisyen di hotel penginapan mengakui sebak sebaik Faiz diumumkan sebagai pemenang.
"Saya tak tidur lagi ketika itu sebab teruja menantikan keputusan tapi anak-anak semua sudah tidur awal. Memang saya gembira dan teruja sangat, dalam masa yang sama sebak.
"Faiz banyak berkorban, kejayaan ini adalah atas usahanya, dia sentiasa berlatih jadi ini adalah hasilnya," katanya ketika di temui Arena Metro sebelum berlepas ke tanah air sebentar tadi.
Faiz pemain Pulau Pinang melakar sejarah pemain Asia pertama meraih Anugerah Puskas dengan menerima undian sebanyak 59.46 peratus menerusi gol sepakan percuma ke atas Pahang dalam aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu.
Gol yang dianggap ajaib serta melanggar hukum fizik itu menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).
Menurut Norzawanis, 29, yang berasal dari Nibong Tebal berharap kejayaan itu sebagai permulaan lebih baik dalam karier suaminya.
Faiz, Norzawanis serta dua anaknya Akif Fayyadh, 4 dan Muhammad Aqil Zayyan yang berusia lapan bulan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) jam 3.15 petang esok.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 January 2017 @ 10:12 PM

No comments:

Post a Comment

slider picture

  • Cougar

    Cougar

  • Lions

    Lions

  • Snowalker

    Snowalker

  • Howling

    Howling

  • Sunbathing

    Sunbathing