Monday 26 December 2016

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut

Abnor Hamizam Abd Manap
am@hmetro.com.my

Jelebu: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas bertembung dengan lori pasir di Kilometer 33.4 Jalan Seremban-Simpang Pertang, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Othman Basri berkata, dalam kejadian jam 3.11 petang itu, Azmi Sulaiman, 41, menunggang motosikal jenis Kawasaki dari arah Kuala Klawang ke Simpang Pertang.
"Mangsa dipercayai terbabas masuk ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh. Pemandu lori yang datang dari arah berkenaan cuba mengelak ke kiri tetapi dilanggar mangsa.
"Kemalangan itu mengakibatkan cedera parah di kepala. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Disember 2016 @ 10:31 PM

No comments:

Post a Comment

slider picture

  • Cougar

    Cougar

  • Lions

    Lions

  • Snowalker

    Snowalker

  • Howling

    Howling

  • Sunbathing

    Sunbathing